Makanan & Minuman
Dalam kehidupan kita yang serba kelam-kabut dan sentiasa mengejar masa, kadang kala kita lebih suka makan luar dari masak di rumah. Sekiranya tiada pilihan lain, apa kata kita makan di tempat-tempat yang menghidangkan jamuan yang lazat dan murah? Beberapa gerai makanan di Singapura masih mengekalkan harga makanan walaupun harga barangan sudah meningkat, misalnya Pondok Aura yang terletak di Clementi. Mereka masih menjual Mee Siam, Mee Soto dan Lontong pada harga $2.50!
Bagi saya, kalau betul-betul hendak jimat kos, nampaknya saya makan di kantin sekolah sahajalah :)
Pengangkutan
Memandangkan harga minyak sudah naik, saya jarang keluar. Maklumlah, kalau tidak keluar, tak perlu guna kereta, lantas, kuranglah penggunaan minyak!
Namun, kalau terperap sahaja di rumah, alamatnya bosanlah sepanjang hari. Jangan khuatir. Kini, terdapat banyak kemudahan pengangkutan bagi yang sering ke daerah bandar atau CBD. Perkhidmatan Bas Premium memang sudah lama ada tetapi kini, jumlah bas yang ada ditambah lagi untuk menampung keperluan para penumpang.
Bagi yang rasa kurang selesa menaiki bas, keretapi gerak cepat pun ada (MRT). Walaupun harganya sudah naik sedikit, kosnya masih lebih kurang daripada menaiki kereta.
Jadi, bagi pemilik kereta sekeluarga yang ingin keluar hujung minggu ini, cubalah naik pengangkutan awam.
Elektrik + Air
2 perkara yang sering digunakan di rumah kita adalah elektrik dan air. Untuk betul-betul jimat kos, kita perlu kurangkan penggunaan elektrik dan air. Terdapat pelbagai cara untuk menjimat elektri dan air.
Jimat Elektrik
- Matikan suis jika tidak digunakan
- Pastikan peti sejuk sentiasa di suhu 2.8°C - 4.4°C dan peti ais di suhu -15°C
- Pastikan suhu hawa dingin sentiasa di 25°C
Jimat Air
- Gunakan air dari baldi untuk mencuci kereta
- Baiki pili atau paip air yang bocor
- Kitar semula air dari cucian baju - gunakannya untuk mencuci lantai bilik mandi
Terdapat banyak lagi cara-cara untuk menjimat kos dan sekaligus menangani kos kehidupan yang semakin meningkat. Ini hanyalah pandangan dan saranan hamba pacal yang hina ini. Sekiranya ada komen atau cara-cara yang lain, dipersilakan beri komen, pandangan dan saranan.
No comments:
Post a Comment